Custom Search

Senin, 05 Juli 2010

Potret Sekolah


Inilah sebuah bingkisan suci
untukmu tempat yang banyak
menyimpan khazanah ilmu
sebelumku pergi meninggalkanmu
buat yang terakhir kali
sebagai sebuah potret yang indah
untuk kenangan yang tercatat
di kanvas nuraniku.

Di sinilah tempatku
mendalami ilmu
belajar mentafsir kehidupan
yang penuh dengan
fatamorgana bersama
dengan sinar iman
yang terpasak di kalbu.

Aku telah dididik
dengan akhlak dan
peribadi yang menawan
supaya menjadi insan
yang berbudi dan berbakti
kepada seluruh makhluk
di jagatraya ini.

Buatmu guru
tiada kata yang
dapatku kiaskan
melainkan dengan sebuah
kilauan permata
yang terukir perkataan
'Terima Kasih'.

Buatmu sahabat
akanku kenangi
persahabatan ini
dalam hidupku
kerana cinta kepadamu
hanya kerana Ilahi.

Buat semua
akanku tinggalkan
tempat ini dengan
sebuah tekad untuk
terus menyebarkan bakti
melalui penaku ini
hanya keranaNya.

Salam terakhir
dariku untuk semua
selamat tinggal sekolahku
selamat tinggal guruku
selamat tinggal sahabatku
aku rindu padamu semua.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template